Tuesday, 12 March 2019

Minit Mesyuarat Zon Delima Bil 1 Tahun 2019




Carta Perancangan 2019


PERSEDIAAN AUDITAN EKSA 2019

Aktiviti gotong-royong telah dijalankan pada 6 hingga 8 Mac 2019 sebagai langkah persediaan bagi auditan EKSA yang akan diadakan pada 13 dan 14 Mac 2019. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ahli Zon Delima yang telah bertungkus lumus dan memberikan kerjasama yang baik dalam aktiviti gotong-royong.





Friday, 18 January 2019

TAHNIAH ZON DELIMA !!! YOU DESERVE IT.

    


Alhamdulillah syukur ke atas Allah SWT hari ini Zon Delima telah berjaya memenangi Sudut Kitar Semula Terbaik bagi ketegori bangunan ibu pejabat bersempena Pertandingan Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam 2018 yang lalu. Zon Delima telah menerima wang tunai sebanyak RM350.00 dan plak penghargaan. Sekalung tahniah dan penghargaan  kepada semua ahli Zon Delima yang sentiasa memberikan kerjasama yang baik disepanjang pertandingan ini dijalankan. Moga dengan kemenangan ini akan menyemarakkan lagi semangat kerjasama ahli Zon Delima bagi pertandingan-pertandingan yang bakal dihadapi. 

Monday, 25 June 2018

Jasamu Dikenang & Perlantikan Setiausaha Baru Zon Delima




Warga Zon Delima ingin merakamkan sekalung perhargaan dan jutaan terima kasih  kepada Pn Nurhatika Binti Ismail selaku Setiausaha Zon Delima yang telah banyak menyumbangkan idea dan tenaga bagi memastikan Zon Delima sentiasa dalam keadaan baik. Semoga Pn Nurhatika terus cemerlang ditempat baru.


Warga Zon Delima juga ingin mnerakankan sekalung tahniah kepada Pn Norsalwa Binti Abdullah Thani diatas lantikan sebagai Setiausaha baru bagi Zon Delima. Semoga Pn Norsalwa dapat melaksankan tugas dan amanah yang diberikan dengan baik.

TAHNIAH!!!!!! Zon Delima.


Ruang Legar Terbaik Zon Delima 


Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT Zon Delima telah berjaya memenangi ruang legar terbaik bagi kategori ibu pejabat bersempena Pertandingan Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam 2017 yang lalu. Zon Delima telah menerima hadiah wang tunai sebanyak RM350.00 dan plak penghargaan. Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua ahli Zon Delima.